La la la la Hari – hari kerja!

La la la la la la Hari – hari kerja. 

La la la la la la Bosan dengan kerja Ha ha!

Seperti yang telah sedia maklum, aku dah pun memulakan internship 29 January haritu dekat satu syarikat consultation di Damansara. Banyak benda aku nak cerita ni, tapi I’m gonna make it short and simple. Tapi, aku punya short tu bukan macam short yang korang sangka lah kan? Actually dah banyak hari nak blog, cerita experience ni cuma takde kesempatan. 

Percaya atau tidak, eventhough aku ni pelajar yang menjalankan practical dekat company tersebut pun still, I got no time to play around. Takde masa nak online, twitter or reply/answer call atau message dari orang. Thank god aku ni memang takde siapa yang nak cari, jadi phone berbunyi tu memang jarang sekali lah. Heh

Working days aku from Monday to Friday 9am to 5.30. So everyday aku akan keluar seawal 7 pagi to make sure I can reach TTDI on time. Morning traffic always makes me sick. Dah macam lumrah pagi-pagi dalam kereta mesti akan membebel sepanjang perjalanan disebabkan sesetengah driver dekat Malaysia ni yang susah aku nak describe macam mana bodoh dia. 

So my frist day went well. Patut balik 5.30 tapi almost 7 o’clock aku baru keluar office. Sebab banyak sangat kerja kena buat dan siapkan. Now I know macam mana cerewet nya client client dekat Malaysia ni. Nak tu urgent, nak ni cepat. Semua benda nak last minute. Everybody buat kerja macam lipas kudung tak cukup kaki dan tangan sebab kerenah client yang dah rasa hebat sangat bila bergelar “Company’s Director” ni. 

But thank god, semua staff baik-baik and banyak sangat bagi tunjuk ajar. From the top to bottom. Tanya je apa tak tahu, apa tak faham. Diorang akan tunjuk from A to Z. Cuma biasa lah, dalam setandan pisang mesti ada jugak yang tak elok kan? Macam tu jugak la dekat firm yang aku kerja tu. So far, semua staff lama sangat membantu dan sangat baik. Infact, dari sini jugak aku belajar tentang politik dalam bekerja. Orang ni tak suka orang tu, orang tu kata orang ni macam ni. Aku takde masalah dengan semua tu sebab aku memang tak ambik port pun masalah orang tua-tua ni. 

Talk about kerja, Tuhan je tahu betapa penat nya aku setiap hari. I don’t have time to rest. Macam tak cukup masa 9 pagi sampai 530 petang tu untuk siapkan semua task yang supervisor bagi. Macam aku, jenis tak berapa suka tangguh file sebab everyday file akan bertambah, bertambah dan bertambah. Jadi kalau tangguh, lagi menimbun la file yang aku perlu settle. So that is why I decided to stay back and balik a bit late to settle semua kerja. Atleast esok, boleh follow up sikit-sikit je mana yang dah siap tu. 

So far, 2 minggu kerja ni. Dah banyak benda aku belajar. And did I mention before yang aku memang aim gaji 5 angka so that I’m gonna make sure I’ll further my study to professional paper? Haaa Melihat kepada keadaan kerja sekarang, to get my 5 angka salary memang sangat memenatkan. I can see how busy and stressful my boss be when it comes to entertain clients needs and wants. Dengan kerenah masing-masing lagi. Bak kata orang, nak gaji besar kerja dan tanggungjawab pun besar la jugak. 

So aku harap sangat banyak benda boleh aku belajar dekat sini so that semua pengalaman ni boleh membantu aku dalam menghabiskan pelajaran aku nanti. Semua ni memang related dan aku akan mengadap untuk CSP 2 next semester. 

In valentine’s day nanti, I’m gonna have my dinner and karoke dengan all staff untuk meraikan kejayaan jumpa file yang hilang since 3 days ago. Haha Yeah, manager aku memang garang but lepas waktu kerja dia memang sporting. I just love my workplace and I’m sure that I’m gonna miss all them once I’m done for my internship 🙂  

Advertisements

Ini keputusan muktamad aku. Sesungguhnya aku tahu bahawa aku sedang di uji kekuatan hati aku.

Aku kena fikir masak-masak. Aku kena fikir jalan yang betul. Aku kena pastikan ini yang terbaik untuk aku. Tak mudah nak buat keputusan ni. Tapi kadang-kadang sesuatu yang baik untuk kita tu bukan lah sesuatu yang kita idamkan. Macam orang selalu cakap, ada hikmah di sebalik segala apa yang berlaku.

Dan kali ni, aku betul betul putus asa. Aku betul betul surrender. Mengalah. Aku dah taknak fikir tentang perasaan orang lain lagi. Penat dah nak jaga hati ramai pihak sedangkan pada hakikatnya hati aku sentiasa sakit. Takpe lah kalau sekali ni aku kalah. Bagi aku, aku dah cukup bertarung. Berhempas pulas. Dah cukup sampai sini je pertarungan aku. Biar lah orang nak kata aku mengalah sebelum tamat perlawanan. Aku dah tak peduli apa orang kata. Persetan kan jela semua tu. Apa orang kata belum tentu mampu menjamin kebahagiaan kita. 

Hidup ni macam roda. Ada waktu kita di atas, ada masa kita di bawah. Aku redha kalau ujian kali ni aku gagal dan membuatkan prestasi aku jatuh menjunam ke bawah. Takpe. Sebab aku tahu, next time aku boleh cuba lagi, dan aku percaya aku akan berada di atas semula. Tapi yang pasti aku takkan bazirkan masa untuk mencuba perkara yang sama sampai mati. Aku perlu perlahan-lahan mencari dekat mana kelebihan aku, supaya aku boleh kuasai kelebihan aku tu tanpa aku jatuh lagi. 

Berat sebenarnya nak buat keputusan macam ni. Dan pada masa yang sama aku sendiri tak pasti aku kuat ataupun tidak. Atau pun hanya pada akal aku saja yang aku konon nampak tegap, sedangkan physically aku lemah selemah lemahnya. Atau mungkin, hati aku tak sekebal yang aku harapkan. Aku tak pasti. Tapi kalau based on previous exprerience, aku memang tak sekuat yang aku sangka selama ni. Dah banyak kali aku jatuh tersungkur, masih lagi aku menangis sedih. Sedangkan aku sepatutnya dah boleh jangka sakit tu macam mana, dan aku dah tak perlu nak menangis untuk kesakitan yang sama lagi. 

Aku perlu buat sesuatu, supaya aku boleh jamin yang kehidupan aku masa depan ni tidak berdepan kepayahan. Aku taknak tersalah jalan. Kadang kadang orang kata “ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.” Jadi siapa yang aku patut ikut ? Aku buat keputusan untuk ikut kata naluri aku. Bangun dari tidur petang tadi, aku dapat rasa new spirit. Spirit yang buat aku nekad, aku tetap akan buat apa yang aku fikir benefit untuk aku seorang. Dan aku dah pun fikir masak-masak. 

Cuma aku tertarik. Kuatnya instinct dia macam boleh faham apa di minda aku. Apa yang bermain dalam benak aku ni. Tiba-tiba keadaan berubah. Setelah aku nekad, situasi berubah. Tapi itu takkan mengubah pendirian aku. Perubahan untuk beberapa jam tu takkan mampu pengaruh keputusan yang aku dah buat. Aku tetap dengan cara aku. Keputusan aku. Yang lain aku berserah kepada Allah. Apa jua pengakhiran yang akan berlaku, aku akan terima dengan redha. Aku harap aku tabah. Aku harap aku kuat. InsyaAllah. Aku percaya Allah sentiasa bersama aku disaat susah senangku. 

Perkara ni betul betul menyedarkan aku yang aku selalu leka dengan nikmat dunia yang sementara ni. Aku mudah sangat lalai. Dan aku perlu ubah diri aku untuk jadi lebih baik dan dilindungi sentiasa. 

“Jangan ditanya kemana aku pergi kalau engkau sendiri yang menolakku jauh.” 

Jika lepas kau tidak dengar apa-apa berita dari aku, ingat lah yang aku sedang melakukan perubahan dalam kehidupan aku. Dan perubahan itu adalah engkau. 

Doakan yang terbaik untuk aku dunia dan akhirat.

Ya Allah, kuatkan lah hati aku dalam menghadapi setiap detik dugaan dan cabaran yang telah engkau tetapkan. Sesungguhnya aku sedar segala yang engkau berikan adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan aku di dunia dan di akhirat. Lindungi lah aku dari segala yang tidak baik, peliharalah aku dari segala yang buruk dan jahat. Amiin

Tawar.

Susah kita nak duga pasang surut sesebuah hubungan tu. Kadang-kadang orang tengok semuanya nampak indah, bahagia. Tapi tak semua dapat baca hakikat sebenar tu macam mana, Getir yang orang lain lalui, sakit yang orang lain rasa. 

Macam air yang bergula, bila ditambah ais dan dibiar lama rasa manis tu akan hilang. Bila rasa manis dah takde, kita manusia mana nak lagi minum, Dah tak sedap. 

Macam dalam hubungan jugak. Mula-mula manis je, bila pernah berlaku sesuatu dalam sesuatu hubungan tu, mula lah timbul rasa tawar hati. Mula lah rasa nak cari pengganti. Kalau awal perkenalan dahulu, kita rasa dia la pujangga hidup mati, sekarang ni dah tak lagi. Kalau boleh nak dia cepat cepat pergi. 

Dulu tinggi rasa cinta, sekarang tinggi rasa benci. Susah nya nak duga hati. Walaupun kadang-kadang perasaan sayang masih ada, still kita nak dia pergi. Sebab kita rasa, kita penat dah dengan semua ni. Kita dah letih untuk berjuang sendiri semata-mata nak pertahankan hubungan ni. Kita dah penat nak sentiasa mengalah hanya kerana nak pastikan yang dua-dua tak menjadi api. Hati kita penat. Dan hati kita rasa, tak guna bersama kalau kita tak pernah nak di hargai. Minda kita dah tak mampu nak terima caci maki. Diri sendiri dah tak mampu nak pujuk rayu hati sendiri lagi. Mungkin dulu, kita kuat tapi sekarang tak lagi.

Sebab bila hati dah rasa tawar, bagi kita dah tak guna nak sacrifice diri, sacrifice hati lebih-lebih lagi untuk sesuatu yang tak pasti. Lebih-lebih lagi bila tuan punya badan langsung tak pernah nak hargai. 

Mungkin dah patut move to next step. Jangan seksa diri mahupun hati. Jangan takut sebab kita tak pernah sendiri. Ingat yang Allah sentiasa bersama kita. 24 jam, 7 hari, bila-bila masa kita perlukan dia. Jangan khuatir tentang jodoh, sebab Allah dah tetapkan jodoh kita sewaktu di dalam perut lagi. Dan semestinya jodoh yang Allah dah tetapkan itu adalah jodoh yang paling baik untuk kita dunia akhirat. Jika benar dia jodoh untuk kita, InsyaAllah Allah akan pertemukan kita semula satu hari nanti. 

Berdoa lah di setiap sujud kita, kemaafan dari-Nya, dan kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Pohon lah yang baik-baik untuk kita supaya hidup kita senang dunia dan akhirat. InsyaAllah. 

Masuk kandang kambik mengembek, masuk kandang rimau mengaum

Jangan salah faham. Aku bukan nak jadi kambing atau nak jadi rimau sampai kena mengembek ke mengaum ke. Itu kan kata pepatah. Bila masuk tempat orang, buat cara kita di tempat orang. Jangan la buat macam tempat orang tu bapak kita punya pulak. 

Jadi, minggu pertama internship aku dah pun berlalu. Aku ada about 4 weeks more to go. Dalam seminggu ni, banyak dah aku belajar. And I appreciate much dengan trainer aku yang sanggup mengajar aku dari A sampai Z. 

Kalau dulu, bangun pagi siap-siap pergi kelas. Masuk kelas, sok sek sok sek, gossip sikit, focus 10 minit dekat apa lecturer mengajar, habis kelas balik rumah, tidur. Malam, keluar lepak ke, makan ke buang masa ke. 

Bila Intern ni dah lain la journey nya. Kena bangun 6 pagi, just to make sure by 7 o’clock aku dah keluar rumah. Jorney to TTDI Damansara kadang2 take me about 1 and half hours. Belum sampai office dah letih driving. Belum lagi letih bekerja. Bila kerja ni, tak boleh buat attitude macam masa pergi kelas. Kalau pergi kelas, masuk lewat 15 minit tu dah perkara biasa. Kadang-kadang tu sampaikan lecturer dah habis mengajar 1 muka surat, baru la sampai batang hidung. Bila bekerja ni, semua nak kena on time. Jadi sebab tu decide keluar awal, kalau sampai awal lagi baik. Boleh breakfast dulu, atau tidur kejap dulu. Bila dekat office, tak boleh dah nak sok sek sok sek, gossip, focus 5 minit. Dari start punch in sampai la punch out, kena focus kerja. Sampai kadang-kadang tu, aku tak keluar rehat. Minggu pertama kerja, aku dah balik sejam lewat. Sekarang baru aku tahu, macam ni rupanya pening nak jadi cosec ni. Tak semudah yang di sangka. 

But so far, I love my job. I love the environment. Senang jugak nak sesuaikan diri dengan staff dekat sana. Maybe sebab semua melayu, and semua baik hati nak mengajar. Tapi, banyak jugak benda yang belajar dulu boleh praktik masa kerja ni. Macam isi form tu semua dah senang dah. Sebab dah 7 workshop kena buat dulu. But this time, bila kerja memang sampai nak termuntah-muntah lah buat document tu semua. Sebab bukan satu company je kena handle. 

InsyaAllah, Aku akan berjaya survive internship ni. If dekat Nestle dulu 3 bulan boleh tahan, takkan la yang intern 5 minggu ni pun nak merungut kan ? Come on! I know intern ni will help me a lot untuk complete kan degree ni. It is so exciting to share my experience with classmates. Dah nampak apa yang diorang kata-kata dekat fb pasal intern diorang. I bet most of them enjoying their intern program too! 

FZMW is 9 years old! :)

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Maaf lah. Lambat pulak cerita pasal picnic ahad lepas. Hikks Seronok, havoc. Happy semua ada. Finally 6 of us dapat berkumpul balik. Since sekarang ni semua dah busy dengan working life, jadi that’s the only time yang kitorang boleh gather, gossips, bed time story and everything. 

I am so thankful to have those friends like them. They are just awesome and awesome. Okay tak boleh nak describe macam mana how happy I am to have them as friends. Malas nak cerita panjang. The picture can tell you the story how our journey went last weekend. picnic went well, tengok la masing – masing tunjuk skill memasak. So siapa yang nak jadikan kitorang sebagai isteri, you can contact me through my email okay? LOL

Hoping that this friendship lasts forever. We are counting more years to go to celebrate our friendship anniversary. Lepas ni, each of us datang gathering kena bawak anak masing-masing. Hahaha! 

Btw, thank guys for the awesome-ness weekend we had ! I love you :*

xoxo

Tolong ingatkan aku.

Hebat sangat hari ni. Cukup hebat. Bertuah rasa badan bila dapat semula berkumpul dengan kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa. Lebih-lebih lagi bila kawan tu, pernah tidur sebantal makan sepinggan waktu kau sekolah dulu. Harini Tuhan ingatkan aku, yang aku sentiasa ada kawan-kawan yang terpaling baik pernah aku jumpa. Sayang nya aku pada mereka.

Tolong ingatkan aku, setiap detik saat aku dengan diorang sampai bila-bila. Tolong ingatkan aku setiap pahit manis aku dengan diorang. Tolong. Jangan beri aku ruang untuk aku lupa diri siapa mereka dengan aku. Tolong.

Bertahun lama aku kawan, buat aku patut sedar yang aku patut letak mereka sebagai priority selepas family aku. Aku bersyukur sangat sebab tuhan kurniakan aku kawan-kawan yang mampu terima baik buruk aku. Tanpa ada rungut sekalipun. Aku bersyukur sebab aku ada mereka waktu aku susah, yang selalunya pada ketika tu takkan ada orang sanggup nak duduk sama rasa kepayahan tu. Tapi aku tak. Aku ada mereka yang tak pernah putus dari aku. Bersyukur sangat :’)

Aku mula nampak siapa aku harini dan Siapa yang berada disisi aku sekarang ni. Dan aku patut utamakan orang yang mengutamakan aku dalam hidup diorang. Bukan ikat diri dengan orang yang cari aku waktu susah je. Cukup terang jelas siapa orang yang aku patut sayang, patut aku utamakan. Aku akan mula buat perubahan. Dan kalau kau rasa macam aku dah mula berubahan, bermakna kau lah perubahan yang aku buat tu.

Aku hanya simpan kawan yang quality. Aku tak kejar pada quantity. Sebanyak mana kawan yang aku ada, takkan mampu tandingi jasa kawan-kawan sebenar aku. Terima Kasih Kawan.

Untuk yang berkenaan, Perhatikan, dimana perubahan aku tu.

Saturday night party like a rock star!

Hello!

Don’t get me wrong. Aku bukan nak pergi party clubbing bagai ke. But tonight, I’m going to Senawang. Rumah Zira for tomorrow’s picnic. I am so excited on this! Dah siap buat sardine for tomorrow sandwich. Hebat sikit la aku sebab dapat buat sendiri. Hihi :B

Funky Zone Most Wanted is about to gegarkan Ulu Bendul esok pagi. Harap semuanya berjalan lancar. Finally, dapat jugak spend time sama-sama and this time Minah ada! Haha

Tunggu aku upload gambar. Nanti baru tahu macam mana seronok dia. Jojo akan sampai at anytime from now. See you when I see you. And this time I’m gonna chill out sampai tak ingat dunia. With a hope I can forget all the problems for some time. InsyaAllah.

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tidur, dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Taken from previous blog

There you go….

hey syg.. just wanna say don’t worry bout the rain… don’t worry coz the sun will shine for you always as long as i’m always there in your heart no matter how far apart we are.. i love you ok.. 🙂” 

 

And this is all bullshit! FU