Mimpi yang menjadi mainan tidur tu..

Tengahari semalam, aku tidur sekejap lepas lunch. Sedar-sedar air mata aku elok je meleleh. Aku menangis dalam tidur! Jarang aku experience benda ni. Jarang sangat. Melainkan ada sesuatu yang merunsingkan hati aku.

Memang sebelum terlelap semalam, aku ada whatsapp dengan sorang kawan. Kawan yang sangat baik. Sangat rapat. Yang kalau aku da masalah, dia saja satu satu tempat aku luahkan. Tempat aku nak menangis sedih. Kalau aku ade berita gembira, dia orang pertama yang aku akan share kan cerita gembira tu.

Aku bangun agak awal semalam, sebab dah kebiasaan akan breakfast sama-sama kalau balik seremban ni. Jadi, dah menjelang tengahari tu aku dah mula la mengantuk. Waktu tu, hati aku tertanya-tanya sangat. “Ya Allah, macam ni ke berat dugaan orang yang bakal mendirikan rumah tangga? Ya Allah, kenapa sebegini perit dugaan yang kau beri untuk insan berdarah manis ni? Ya Allah, kuat ke hati hamba Mu ni nak melalui detik-detik sukar menjelang hari bahagia yang akan tiba tak lama nanti?”

Sebelum tidur, ligat otak aku berfikir. “Ya Allah, kuatkan lah hati hambaMu ini, berikanlah tahap kesabaran yang tinggi untuk hambaMu ni lalui segala dugaan yang Kau berikan. Sesungguhnya, hanya Engkau yang mampu merawat hati sedih seorang insan yang lemah ni.”

Aku datang rumah dia, menaiki bot. Aku nampak muka dia. Aku berlari dekat dia, aku peluk dia sekuat kuat hati aku. Dan aku menangis. Aku sedih sangat atas semua yg dilalui tu. which is aku harap, aku mampu rasa sakit tu sama. Aku menangis teruk. Macam aku sedang pikul beban. Dia pujuk aku, macam aku yang dalam kesusahan. Aku menangis lagi.

Tiba-tiba, aku tersedar. Pipi aku basah. Ada air mata. Baru aku sedar, aku mimpi je sebenarnya. Mungkin disebabkan aku ligat berfikir sebelum terlelap buatkan perkara tu terbawak dalam mimpi. Aku lap air mata. Aku termenung sorang-sorang. Dalam hati aku berdoa. “Ya Allah, sesungguhnya dia teman terbaik aku. Waktu sedih waktu gembira aku. Bantu lah dia selesaikan setiap inci masalah dia demi masa depan yang dia tuju. Aminn”

Kalau ada peluang, aku nak peluk dia kuat-kuat. Dan nak bagitahu dia, aku selalu ada dengan dia. Sampai bila-bila.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s