Ini keputusan muktamad aku. Sesungguhnya aku tahu bahawa aku sedang di uji kekuatan hati aku.

Aku kena fikir masak-masak. Aku kena fikir jalan yang betul. Aku kena pastikan ini yang terbaik untuk aku. Tak mudah nak buat keputusan ni. Tapi kadang-kadang sesuatu yang baik untuk kita tu bukan lah sesuatu yang kita idamkan. Macam orang selalu cakap, ada hikmah di sebalik segala apa yang berlaku.

Dan kali ni, aku betul betul putus asa. Aku betul betul surrender. Mengalah. Aku dah taknak fikir tentang perasaan orang lain lagi. Penat dah nak jaga hati ramai pihak sedangkan pada hakikatnya hati aku sentiasa sakit. Takpe lah kalau sekali ni aku kalah. Bagi aku, aku dah cukup bertarung. Berhempas pulas. Dah cukup sampai sini je pertarungan aku. Biar lah orang nak kata aku mengalah sebelum tamat perlawanan. Aku dah tak peduli apa orang kata. Persetan kan jela semua tu. Apa orang kata belum tentu mampu menjamin kebahagiaan kita. 

Hidup ni macam roda. Ada waktu kita di atas, ada masa kita di bawah. Aku redha kalau ujian kali ni aku gagal dan membuatkan prestasi aku jatuh menjunam ke bawah. Takpe. Sebab aku tahu, next time aku boleh cuba lagi, dan aku percaya aku akan berada di atas semula. Tapi yang pasti aku takkan bazirkan masa untuk mencuba perkara yang sama sampai mati. Aku perlu perlahan-lahan mencari dekat mana kelebihan aku, supaya aku boleh kuasai kelebihan aku tu tanpa aku jatuh lagi. 

Berat sebenarnya nak buat keputusan macam ni. Dan pada masa yang sama aku sendiri tak pasti aku kuat ataupun tidak. Atau pun hanya pada akal aku saja yang aku konon nampak tegap, sedangkan physically aku lemah selemah lemahnya. Atau mungkin, hati aku tak sekebal yang aku harapkan. Aku tak pasti. Tapi kalau based on previous exprerience, aku memang tak sekuat yang aku sangka selama ni. Dah banyak kali aku jatuh tersungkur, masih lagi aku menangis sedih. Sedangkan aku sepatutnya dah boleh jangka sakit tu macam mana, dan aku dah tak perlu nak menangis untuk kesakitan yang sama lagi. 

Aku perlu buat sesuatu, supaya aku boleh jamin yang kehidupan aku masa depan ni tidak berdepan kepayahan. Aku taknak tersalah jalan. Kadang kadang orang kata “ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.” Jadi siapa yang aku patut ikut ? Aku buat keputusan untuk ikut kata naluri aku. Bangun dari tidur petang tadi, aku dapat rasa new spirit. Spirit yang buat aku nekad, aku tetap akan buat apa yang aku fikir benefit untuk aku seorang. Dan aku dah pun fikir masak-masak. 

Cuma aku tertarik. Kuatnya instinct dia macam boleh faham apa di minda aku. Apa yang bermain dalam benak aku ni. Tiba-tiba keadaan berubah. Setelah aku nekad, situasi berubah. Tapi itu takkan mengubah pendirian aku. Perubahan untuk beberapa jam tu takkan mampu pengaruh keputusan yang aku dah buat. Aku tetap dengan cara aku. Keputusan aku. Yang lain aku berserah kepada Allah. Apa jua pengakhiran yang akan berlaku, aku akan terima dengan redha. Aku harap aku tabah. Aku harap aku kuat. InsyaAllah. Aku percaya Allah sentiasa bersama aku disaat susah senangku. 

Perkara ni betul betul menyedarkan aku yang aku selalu leka dengan nikmat dunia yang sementara ni. Aku mudah sangat lalai. Dan aku perlu ubah diri aku untuk jadi lebih baik dan dilindungi sentiasa. 

“Jangan ditanya kemana aku pergi kalau engkau sendiri yang menolakku jauh.” 

Jika lepas kau tidak dengar apa-apa berita dari aku, ingat lah yang aku sedang melakukan perubahan dalam kehidupan aku. Dan perubahan itu adalah engkau. 

Doakan yang terbaik untuk aku dunia dan akhirat.

Ya Allah, kuatkan lah hati aku dalam menghadapi setiap detik dugaan dan cabaran yang telah engkau tetapkan. Sesungguhnya aku sedar segala yang engkau berikan adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan aku di dunia dan di akhirat. Lindungi lah aku dari segala yang tidak baik, peliharalah aku dari segala yang buruk dan jahat. Amiin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s