Masuk kandang kambik mengembek, masuk kandang rimau mengaum

Jangan salah faham. Aku bukan nak jadi kambing atau nak jadi rimau sampai kena mengembek ke mengaum ke. Itu kan kata pepatah. Bila masuk tempat orang, buat cara kita di tempat orang. Jangan la buat macam tempat orang tu bapak kita punya pulak. 

Jadi, minggu pertama internship aku dah pun berlalu. Aku ada about 4 weeks more to go. Dalam seminggu ni, banyak dah aku belajar. And I appreciate much dengan trainer aku yang sanggup mengajar aku dari A sampai Z. 

Kalau dulu, bangun pagi siap-siap pergi kelas. Masuk kelas, sok sek sok sek, gossip sikit, focus 10 minit dekat apa lecturer mengajar, habis kelas balik rumah, tidur. Malam, keluar lepak ke, makan ke buang masa ke. 

Bila Intern ni dah lain la journey nya. Kena bangun 6 pagi, just to make sure by 7 o’clock aku dah keluar rumah. Jorney to TTDI Damansara kadang2 take me about 1 and half hours. Belum sampai office dah letih driving. Belum lagi letih bekerja. Bila kerja ni, tak boleh buat attitude macam masa pergi kelas. Kalau pergi kelas, masuk lewat 15 minit tu dah perkara biasa. Kadang-kadang tu sampaikan lecturer dah habis mengajar 1 muka surat, baru la sampai batang hidung. Bila bekerja ni, semua nak kena on time. Jadi sebab tu decide keluar awal, kalau sampai awal lagi baik. Boleh breakfast dulu, atau tidur kejap dulu. Bila dekat office, tak boleh dah nak sok sek sok sek, gossip, focus 5 minit. Dari start punch in sampai la punch out, kena focus kerja. Sampai kadang-kadang tu, aku tak keluar rehat. Minggu pertama kerja, aku dah balik sejam lewat. Sekarang baru aku tahu, macam ni rupanya pening nak jadi cosec ni. Tak semudah yang di sangka. 

But so far, I love my job. I love the environment. Senang jugak nak sesuaikan diri dengan staff dekat sana. Maybe sebab semua melayu, and semua baik hati nak mengajar. Tapi, banyak jugak benda yang belajar dulu boleh praktik masa kerja ni. Macam isi form tu semua dah senang dah. Sebab dah 7 workshop kena buat dulu. But this time, bila kerja memang sampai nak termuntah-muntah lah buat document tu semua. Sebab bukan satu company je kena handle. 

InsyaAllah, Aku akan berjaya survive internship ni. If dekat Nestle dulu 3 bulan boleh tahan, takkan la yang intern 5 minggu ni pun nak merungut kan ? Come on! I know intern ni will help me a lot untuk complete kan degree ni. It is so exciting to share my experience with classmates. Dah nampak apa yang diorang kata-kata dekat fb pasal intern diorang. I bet most of them enjoying their intern program too! 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s