Tawar.

Susah kita nak duga pasang surut sesebuah hubungan tu. Kadang-kadang orang tengok semuanya nampak indah, bahagia. Tapi tak semua dapat baca hakikat sebenar tu macam mana, Getir yang orang lain lalui, sakit yang orang lain rasa. 

Macam air yang bergula, bila ditambah ais dan dibiar lama rasa manis tu akan hilang. Bila rasa manis dah takde, kita manusia mana nak lagi minum, Dah tak sedap. 

Macam dalam hubungan jugak. Mula-mula manis je, bila pernah berlaku sesuatu dalam sesuatu hubungan tu, mula lah timbul rasa tawar hati. Mula lah rasa nak cari pengganti. Kalau awal perkenalan dahulu, kita rasa dia la pujangga hidup mati, sekarang ni dah tak lagi. Kalau boleh nak dia cepat cepat pergi. 

Dulu tinggi rasa cinta, sekarang tinggi rasa benci. Susah nya nak duga hati. Walaupun kadang-kadang perasaan sayang masih ada, still kita nak dia pergi. Sebab kita rasa, kita penat dah dengan semua ni. Kita dah letih untuk berjuang sendiri semata-mata nak pertahankan hubungan ni. Kita dah penat nak sentiasa mengalah hanya kerana nak pastikan yang dua-dua tak menjadi api. Hati kita penat. Dan hati kita rasa, tak guna bersama kalau kita tak pernah nak di hargai. Minda kita dah tak mampu nak terima caci maki. Diri sendiri dah tak mampu nak pujuk rayu hati sendiri lagi. Mungkin dulu, kita kuat tapi sekarang tak lagi.

Sebab bila hati dah rasa tawar, bagi kita dah tak guna nak sacrifice diri, sacrifice hati lebih-lebih lagi untuk sesuatu yang tak pasti. Lebih-lebih lagi bila tuan punya badan langsung tak pernah nak hargai. 

Mungkin dah patut move to next step. Jangan seksa diri mahupun hati. Jangan takut sebab kita tak pernah sendiri. Ingat yang Allah sentiasa bersama kita. 24 jam, 7 hari, bila-bila masa kita perlukan dia. Jangan khuatir tentang jodoh, sebab Allah dah tetapkan jodoh kita sewaktu di dalam perut lagi. Dan semestinya jodoh yang Allah dah tetapkan itu adalah jodoh yang paling baik untuk kita dunia akhirat. Jika benar dia jodoh untuk kita, InsyaAllah Allah akan pertemukan kita semula satu hari nanti. 

Berdoa lah di setiap sujud kita, kemaafan dari-Nya, dan kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Pohon lah yang baik-baik untuk kita supaya hidup kita senang dunia dan akhirat. InsyaAllah. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s