Tolong ingatkan aku.

Hebat sangat hari ni. Cukup hebat. Bertuah rasa badan bila dapat semula berkumpul dengan kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa. Lebih-lebih lagi bila kawan tu, pernah tidur sebantal makan sepinggan waktu kau sekolah dulu. Harini Tuhan ingatkan aku, yang aku sentiasa ada kawan-kawan yang terpaling baik pernah aku jumpa. Sayang nya aku pada mereka.

Tolong ingatkan aku, setiap detik saat aku dengan diorang sampai bila-bila. Tolong ingatkan aku setiap pahit manis aku dengan diorang. Tolong. Jangan beri aku ruang untuk aku lupa diri siapa mereka dengan aku. Tolong.

Bertahun lama aku kawan, buat aku patut sedar yang aku patut letak mereka sebagai priority selepas family aku. Aku bersyukur sangat sebab tuhan kurniakan aku kawan-kawan yang mampu terima baik buruk aku. Tanpa ada rungut sekalipun. Aku bersyukur sebab aku ada mereka waktu aku susah, yang selalunya pada ketika tu takkan ada orang sanggup nak duduk sama rasa kepayahan tu. Tapi aku tak. Aku ada mereka yang tak pernah putus dari aku. Bersyukur sangat :’)

Aku mula nampak siapa aku harini dan Siapa yang berada disisi aku sekarang ni. Dan aku patut utamakan orang yang mengutamakan aku dalam hidup diorang. Bukan ikat diri dengan orang yang cari aku waktu susah je. Cukup terang jelas siapa orang yang aku patut sayang, patut aku utamakan. Aku akan mula buat perubahan. Dan kalau kau rasa macam aku dah mula berubahan, bermakna kau lah perubahan yang aku buat tu.

Aku hanya simpan kawan yang quality. Aku tak kejar pada quantity. Sebanyak mana kawan yang aku ada, takkan mampu tandingi jasa kawan-kawan sebenar aku. Terima Kasih Kawan.

Untuk yang berkenaan, Perhatikan, dimana perubahan aku tu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s