Kau dialu-alukan untuk datang. tapi kau bukan tetamu jemputan

Blogging is always the best medium for me to express myself. To express how I feel. To express my opinion towards something, someone, and some other things.

2007, tahun pertama aku mula menulis. Pada waktu tu aku masih lagi belasan tahun. Baru tamat sekolah, baru menjejakkan kaki ke alam universiti. Baru selangkah maju dari fasa hidup yang sebelumnya. Tak banyak yang boleh diharapkan dari penulisan aku waktu itu. Aku baru mula berjinak-jinak dengan laman social. Baru ada laptop sendiri yang memudahkan aku untuk surf internet 24/7 tanpa henti.

Itu la waktu aku baru kenal blog tu apa. Aku cuba tengok blog blog orang lain yang waktu tu macam goreng pisang panas. Macam satu trend. Myspace, friendster, blog. Bila dah survey, baru la tahu oh macam tu rupanya blog. Itu ke benda yang nak di cerita. Boleh link kan blog orang lain, boleh customize blog, oh macam tu.

Jadi aku pun create satu account blogspot. Apa sangat lah yang nak diharapkan dari budak hingusan belasan tahun macam aku ni menulis? Selain dari cerita benda yang bila aku baca balik aku rasa “macam ni ke aku dulu? seriously poyo. Memalukan.” Dan apa yang aku boleh conclude semua tu sampah yang nobody even care to know pun. So from year to year, ada la perubahan sedikit pada penulisan aku tu. Aku tak cakap lebih baik, cuma ada perubahan.

Tapi yelah, tak semua perkara yang kau buat orang akan suka. Tak semua benda yang kau cakap, orang boleh terima. Malaysia ni harap je konon nak memartabatkan bangsa dengan hak bersuara segala. Tapi rakyat Malaysia ni sendiri tak sedar yang sebenarnya diorang tu sendiri yang selalu menyekat hak tu. Apa orang kata, mesti nak kritik, nak condemn, kata orang tu bodoh, takde akal nak fikir whatsoever. Sedangkan dia tu yang bodoh tak boleh terima pendapat orang. So bila aku menulis, ramai sangat yang kritik, condemn apa yang aku tulis, kutuk maki aku. And the best part is, lepas baling batu pergi sorokkan tangan buat apa? Berani cakap, tapi tak berani tunjuk diri. Manusia memang macam ni.

But who cares. Aku menulis tentang diri aku, untuk diri aku. Sebab diri aku. Aku memang suka menulis. Dan aku rasa aku tak perlu kebenaran sesiapa untuk tulis apa yang aku nak. Since aku dilahirkan oleh parents yang kedua-duanya berdarah seni, jadi secara tak langsung darah yang mengalir dalam badan aku ni pun berseni. Cuma pokok yang tumbuh mana mampu jadi sekuat dan sebagus akar. Even aku suka menulis, aku hanya praktikkan dalam blog. Jadi aku tak mampu nak hasilkan penulisan yang berkualiti. Tak mahir nak menulis dengan baik macam arwah ayah aku. Bagi aku, menulis ni hanya untuk suka-suka isi masa lapang. Jadi aku tak perlukan mana-mana penyokong untuk menyokong penulisan aku. Sebab tu aku tak harapkan pun apa-apa maklumbalas tentang cara penulisan aku.

Macam aku cakap, dulu aku pernah ada account blogspot. Boleh kata setiap routine harian aku, akan aku cerita dekat situ. Apa aku buat, kenapa aku marah. Apa jadi kat aku whatsoever. Jadi aku dah mula bosan bila bercerita tentang benda yang sama. Waktu tu aku rasa yang hidup aku ni macam drama yang mendatar yang tak tahu mana klimaks nya. Setiap hari rutin sama, activity sama, cerita sama. Bosan. Lebih membosankan bila ada manusia-manusia tanpa muka yang busy body tentang apa kau tulis. Bagaimana cara kau tulis. English kau terabur ke, kau guna bahasa kasar ke, semua kena condemn. Bosan dengan attitude orang macam ni yang penuh dengki dengan orang lain. Sedangkan kita tak sentuh dia sikit pun. And because of that reason, aku buat keputusan untuk berhenti menulis. Berhenti untuk bercerita betapa bosannya kehidupan aku yang aku sendiri tak tahu macam mana nak cherish it out. Rasa nak gelak? Gelak lah. Who cares?

Lama aku diam dari menulis. Sebab mood aku hilang. Idea tak ada. Dan aku rasa, aku taknak lah hasilkan sampah lagi bila umur dah menjangkau dewasa ni. Tapi sekarang, mood aku tu dah ada cuma harap tak lah di-spoil-kan dengan attitude manusia takde adab ni. So aku buat keputusan untuk mula menulis balik untuk mengisi masa lapang aku dengan sesuatu yang berfaedang dengan menulis benda yang maybe takkan mendatangkan faedah.

Jadi, aku memang takkan ambik pusing apa orang nak critic atau condemn lepas ni sebabnya aku memang malas ambik port dengan orang yang tak boleh tengok orang lain senang ni. Prinsip aku dalam menulis blog ni senang je. Kedatangan kau dialu-alukan, tetapi kau kena ingat yang kau bukan tetamu jemputan. So, macam mana pun keadaan rumah aku, apa pun isi rumah aku sama ada kau suka atau tak, kau takde hak nak pertikaikan. Dalam rumah aku hanya aku yang berhak untuk bercakap, dan kau cuma layak tengok dan baca tanpa sebarang kelayakan untuk critic cara aku. Kalau kau datang rumah orang cara baik, orang pun akan terima kau cara baik. Simple. Jadi, sedar diri sedar ruang yang kau tu hanya menumpang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s