Impian aku, untung sarung lagi sekali lagi jubah biru tu.

Gambar ni selalu jadi dorongan aku untuk belajar. Bila tengok gambar ni, aku rasa happy sangat. Sebab finally, aku dapat hadiahkan orang tersayang aku dengan segulung ijazah diploma. Dan apa yang aku rasa waktu tu, semua usaha aku 3 tahun sepanjang aku mengambil jurusan Accounting, sangat berbaloi. Akhirnya aku tamat dah diploma.

Jadi sekarang, aku di semester ke-5 Jurusan Corporate Administrative. Aku bangga jadi pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM walaupun ada ketika nya aku merungut tak sudah dengan kepayahan subject – subject yang aku kena ambik. Tapi bila dah belajar semua tu aku rasa banyak benda yang dulu aku tak tahu sekarang aku tahu. Jujur aku kata, kadang-kadang aku give up dengan beban beban kerja yang terlampau banyak sampaikan tak cukup masa tidur, masa rehat. Banyak aku mengadu dekat Jamie betapa letihnya aku nak mengadap semua ni. Aku dah penat dengan buku, exam dan assignment. Aku tahu semua tu untuk kebaikan aku, masa depan aku. Tapi hmm entah lah.

Nasib baik Jamie selalu bagi positive advice. Dia tak pernah down kan aku. Dia nak aku belajar sampai habis, and kalau boleh sambung professional course ICSA. Sebab dia nak tengok one day aku jadi successful career woman. InsyaAllah. Aku selalu ingat pesan dia “belajar betul-betul Aisy. I nak you berjaya. You kena berjaya.” Terharu :’)

Jadi satu lagi semester tinggal untuk aku. InsyaAllah. Aku kena usaha lebih. Sebab aku nak sarung lagi sekali jubah yang aku pernah pakai waktu konvokesyen diploma dulu. Dan waktu aku terima Ijazah nanti, aku nak Mama dan Jamie ada dengan aku. Sebab aku belajar ni atas sokongan diorang. Itu hadiah dari aku untuk diorang.

Aku harap semoga aku dipermudahkan untuk menamatkan pelajaran insyaAllah July nanti. Minggu depan, aku dah mula practical di Minc Corporate Consultant Damansara. Aku takut tapi at the same time aku sangat excited. Harap semua nya baik-baik belaka. Nanti aku bagitahu latest update macam mana keadaan kerja pulak okay?

xoxo.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s