Terima Kasih Allah untuk 2012 yang bahagia ini

Macam baru semalam 2012 datang menyapa aku yang masih mamai tentang kehidupan. Aku rasa macam introduction aku ni puitis sangat pulak. Tak, sebenarnya aku nak bagi tahu semua orang macam mana 2012 aku berakhir. Setelah dugaan yang agak besar buat aku pada pertengahan tahun tu sampaikan aku rasa macam nak bunuh diri je waktu tu. Iya, aku tak tipu. Aku terlalu kecewa dengan dugaan yang datang sampaikan aku rasa aku tak mampu dah nak berdiri teguh macam orang lain. Aku tahu aku tak patut rasa macam tu sebab dalam dunia bukan Allah turunkan dugaan dekat aku saja. 

Tapi, alhamdulillah. Tuhan beri kesedaran pada aku untuk aku bangkit semula. Dan kebangkitan tu tanpa perlu ada sokongan siapa-siapa melainkan aku buat untuk diri aku sendiri. Aku tak perlu kan sokongan bila aku nak bangkit dari kejatuhan. Sebab aku tahu, orang yang kita sayang, cinta takkan selamanya berada dengan kita. Dan jika orang itu pergi meninggalkan aku selamanya, aku taknak dia bawak pergi sekali sokongan yang dia pernah bagi pada aku. Sebab tu, apa pun aku buat. Pendorong tu adalah diri aku sendiri. Aku cuma perlu orang luar untuk menasihati aku apa yang terbaik untuk aku. Bukan menjadi tulang belakang yang mungkin suatu hari akan menjadi punca patah nya semangat aku. 

Jadi, tengok lah. Ini semua orang yang aku sayang. Dan ini semua sepanjang tahun 2012 aku.

ImageImageImageImage

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Terima Kasih untuk adorable people ni Ya Allah. 

Aku mohon, jangan kau jauhkan aku dari mereka. Jangan pisahkan aku dari mereka. Insan yang aku sayang, yang aku cinta. Aku mohon padaMu Ya Allah. Jagalah mereka sebaik-baiknya kerana mereka terlalu baik menjaga aku. 

Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s