“Dia mungkin bengis seperti singa, tapi dia nangis tonton cerita korea”

Itu Fynn Jamal yang kata. Aku tak kata sebab aku tak suka tengok cerita Korea. Dan meminati Kpop adalah sesuatu yang mustahil.

” Tak percaya lah aku. Kau tu garang. Siapa nak tengking? hahah.” – Kawan rapat,2013

Itu lah statement yang datang dari kawan rapat aku. Dia memang tahu dari sekolah lagi aku memang garang. When I said No, means No. Jangan gatal-gatal nak tukar yes memang kena la setepek dari aku. Semua pun kawan-kawan cakap macam tu. Dari sekolah menengah, sampai Universiti. Apa-apa pun diorang takut nak share masalah ke buat salah ke dengan aku sebab aku garang takut kena marah balik. Pernah ada sorang kawan baik aku ni, dah dekat setahun break up dengan ex-boyfriend dia, baru dia cerita dekat aku yang diorang dah takde pape. Tu semua sebab dia takut aku marah diorang break up. 

Tapi tu lah, segarang-garang manusia, akan ada manusia yang lebih garang dari dia di sebalik kegarangan dia tu. Dan segarang-garang manusia, akan ada manusia yang lebih garang dari dia. Macam aku, garang. Kadang-kadang, mama pun tak tahan dengan garang aku. Mungkin aku banyak ikut perangai arwah ayah. Who is garang tahap bengis gila babi punya aku pun tak boleh imagine. Aku tak pernah duduk tinggal sebumbung dengan ayah jadi aku tak tahu tahap garang dia tu teruk mana. Yang aku tahu mama kata, dia sangat garang. Sampai aku punya takut setiap kali pagi raya kalau kena datang rumah dia beraya aku akan menangis memberontak taknak datang. Kelakar kan? Orang garang takut dengan orang garang. Gila tak garang.

Macam aku cakap, segarang-garang orang yang garang akan ada lagi orang yang lebih garang dari si garang tu. 

Tuhan mungkin nak tunjuk dekat aku, yang aku punya garang ni takde la garang mana pun. Jadi dia temukan aku dengan Jamie. Who is yang lagi garang dari aku. Tak pernah aku dapat boyfriend garang macam ni. Sumpah! Tapi Jamie punya garang tu Ya Allah, tuhan je tahu. Aku kalau boleh memang nak elak dari buat dia marah. Sebab aku takut betul kalau kena tengking dengan dia. Satu ayat je dia bagi kat aku confirm meleleh air mata ni macam orang yang tonton cerita Korea tu. T_T

Segarang-garang aku masih lagi hati taman siap menangis kerana satu ayat. Tsk tsk. 

Wallahu, dia memang garang. Kalau dia marah, aku takkan berani bukak mulut. Dulu masa mula-mula kenal aku berani je lawan. Ceh aca-aca ego lah tunjuk handal. Tapi yelah mula-mula kenal takkan la dia nak tunjuk taring singa yang dia simpan molek tu. Bila dah setahun dua, baru aku tahu tahap terejal dia macam mana. Sejak tu aku memang serik dah nak lawan cakap. Tak berani. 

Mungkin sebab aku tunggal. Jadi aku terlalu independent at the same time keras kepala aku menguasai lebih dari sikap toleransi. Yelah, sebab bila tunggal, aku tak pernah rasa macam mana hidup kena share barang-barang dengan adik beradik lain. Kasih sayang pun tak pernah share. Yang aku tahu dalam kepala aku “what’s mine is mine. I don’t share with people.” and “I want A, so give me A.” Jenis nak menang dan “apa aku cakap tu betul. So kau kena dengar.” Haa gittew. 

“Gila. Macam mana boleh sabar?” – Kawan rapat

Hmm. So far dari apa yang aku simpulkan. Disebabkan Jamie jenis yang panas baran dan garang attitude dia mengajar aku untuk menjadi lebih sabar dan berlembut. Yelah. Api mana boleh lawan dengan Api. Aku kena berubah jadi air. Jadi lebih tenang and sabar je mengadap sesuatu keadaan tu. Serba sikit, keadaan kitorang tu mengubah aku menjadi lebih sabar dan toleransi. Especially when it’s come to bab “suka dan tak suka.” Tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah terlepas jadi api jugak kalau bergaduh dengan dia. 

Even Jamie garang, I take it in positive way lah. Sebab kalau tak jumpa orang garang macam dia, mesti sekarang pun aku masih lagi dengan attitude bossy aku. Tipu kalau aku cakap aku dah seratus peratus berubah. Kadang-kadang tu ada jugak tersembul seketul dua attitude bossy tu. Sikap bossy, kalau dapat boyfriend yang lembut hati memang kau boleh menang. Tapi kalau dapat yang sama keras kepala, relationship tu takkan boleh pergi jauh. Jangan pulak salah anggap. Jamie bukan lelaki yang main dera-dera mental fizikal ni. He’s a nice guy. Cuma yelah, bila kadang-kadang datang angin kus kus sepoi sepoi bahasa tu membawa baran dia, tentulah terus garang. Dapat pulak perempuan degil macam aku. tsk tsk T_T

Jadi aku rasa Tuhan nak train aku dari sekarang supaya kurangkan sikap bossy dan nanti bila dah kahwin takde la kerja aku lawan cakap suami je. Untuk kebaikan aku dan masa depan aku jugak. Aku memang punyai tahap kesabaran yang tinggi sekarang sampaikan bila orang lain tengok pun macam “wahhh macam mana kau boleh sabar?” Haaa macam tu. Jadi mungkin aku dah layak jadi isteri misali yang akan mendengar kata suami selagi suami aku tu tak melanggar hukum syarak. Tapi ini kata aku. Kalau aku kahwin, tiba-tiba dapat tahu suami aku madukan aku. Memang aku fight sampai mati. Sama ada gugurkan aku dari senarai isteri ataupun, tendang bini nombor 2 3 4 tu dari title isteri. Benda lain aku boleh cuba sabar lagi. Kalau bab madu-madu ni, sorry. Orang lain boleh cakap apa dia nak. Takdir Tuhan whatsoever.Tapi, part tu aku masih lagi di gelar “bossy.” Orang tak boleh accept? Pergi lah mati. 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s