2013

Alhamdulillah.

2013 mula dengan baik sekali. Walaupun Januari bermula agak stress kerana peperiksaan akhir yang aku duduk, tapi sekarang semua dah normal. Exam dah habis, lepas ni waktu untuk aku focus pada internship pulak.

Aku harap, setahun yang bakal berlalu ni akan baik-baik sahaja. Dan kalau boleh aku nak mencipta sejarah untuk diri aku pada tahun ni. Tak kira la apa jua sejarah asalkan yang baik dan menggembirakan sahaja. Aku belum ada planning apa-apa lagi. Tapi macam dah boleh captured dalam kepala apa yang aku nak. Hikss.

Tak sabar sebenarnya aku nak habiskan zaman belajar ni. Aku memang completely letih nak menghadap buku exam. Kalau belajar je tanpa exam takpe aku sanggup. Tapi tu kena tunggu bapak aku buat Universiti sendiri which is benda tu takkan jadi sebab ayah aku mana ada lagi. Heh

Jadi sekarang, aku dah patut mula planning apa yang patut aku buat lepas ni. InsyaAllah, kalau di izinkan tuhan dengan berkat usaha aku tonggang tonggek naik tangga batu cave demi pelajaran tercinta aku bakal menamatkan pengajian aku bulan July ni. Excited! Tak nak belajar! Nak kerja! hehe Aku tahu mesti ramai yang akan cakap “belajar lagi best dari kerja.” Aku tahu tu sebab aku jugak pernah melalui zaman kerja walaupun tak lama. Boring jugak kerja tapi aku nak diri aku melangkah ke satu lagi fasa hidup. Sampai bila nak belajar tapi tak practikkan ilmu yang kita dapat tu kan ? Ilmu bukan untuk simpan buat pekasam je. Cuma sekarang aku dah muak nak belajar. Nanti bila aku dah muak bekerja, aku sambung la belajar semula. InsyaAllah aku memang pasang niat nak sambung professional course ICSA. Sebab dalam kepala aku memang nak kejar gaji sampai 5 angka tu.

See?

Memang aku nak kejar gaji je sekarang sebab aku tahu duit tu memang segalanya bagi semua orang. Jangan tipu aku. Walaupun kau kata kau tak kisah hidup sederhana. Tapi still kau perlu duit untuk survive dalam hidup kau yang serba sederhana tu kan ? Manusia. Memang akan mengejar kekayaan selagi mampu. Sedangkan adik beradik pun sanggup bertelagah masam muka sebab duit. Bayang lah betapa berkuasanya duit tu pada manusia.

Dan kerana duit jugak mampu memutuskan perhubungan seseorang itu dengan orang lain……

Okay, terlalu banyak sangat cerita pasal duit. Sebab aku ni memang mata duitan sikit. Cuma mata duitan aku ni bukan berdasarkan mintak pada orang atau dengan cara kotor. Tapi, cara mata duitan aku ni sedikit bersopan sebab duit tu semua aku nak atas dari usaha titik peluh aku sendiri. Satisfaction.

Even belum cukup sebulan aku hidup dalam 2013 ni, Tuhan dah turunkan aku dugaan dugaan yang aku tak sangka akan diduga. Cuma aku berharap, aku kuat. Aku harap Allah yang maha kuasa tu selalu bersama aku supaya aku senang menjalani hari-hari akan datang. Ya, aku perlukan kekuatan sebab aku adalah salah satu makhluk tuhan yang paling lemah. Dan aku tak pernah malu untuk mengaku itu. Yelah, ego tinggi-tinggi nak kemana yedak?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s