Tolong ingatkan aku.

Hebat sangat hari ni. Cukup hebat. Bertuah rasa badan bila dapat semula berkumpul dengan kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa. Lebih-lebih lagi bila kawan tu, pernah tidur sebantal makan sepinggan waktu kau sekolah dulu. Harini Tuhan ingatkan aku, yang aku sentiasa ada kawan-kawan yang terpaling baik pernah aku jumpa. Sayang nya aku pada mereka.

Tolong ingatkan aku, setiap detik saat aku dengan diorang sampai bila-bila. Tolong ingatkan aku setiap pahit manis aku dengan diorang. Tolong. Jangan beri aku ruang untuk aku lupa diri siapa mereka dengan aku. Tolong.

Bertahun lama aku kawan, buat aku patut sedar yang aku patut letak mereka sebagai priority selepas family aku. Aku bersyukur sangat sebab tuhan kurniakan aku kawan-kawan yang mampu terima baik buruk aku. Tanpa ada rungut sekalipun. Aku bersyukur sebab aku ada mereka waktu aku susah, yang selalunya pada ketika tu takkan ada orang sanggup nak duduk sama rasa kepayahan tu. Tapi aku tak. Aku ada mereka yang tak pernah putus dari aku. Bersyukur sangat :’)

Aku mula nampak siapa aku harini dan Siapa yang berada disisi aku sekarang ni. Dan aku patut utamakan orang yang mengutamakan aku dalam hidup diorang. Bukan ikat diri dengan orang yang cari aku waktu susah je. Cukup terang jelas siapa orang yang aku patut sayang, patut aku utamakan. Aku akan mula buat perubahan. Dan kalau kau rasa macam aku dah mula berubahan, bermakna kau lah perubahan yang aku buat tu.

Aku hanya simpan kawan yang quality. Aku tak kejar pada quantity. Sebanyak mana kawan yang aku ada, takkan mampu tandingi jasa kawan-kawan sebenar aku. Terima Kasih Kawan.

Untuk yang berkenaan, Perhatikan, dimana perubahan aku tu.

Advertisements

Saturday night party like a rock star!

Hello!

Don’t get me wrong. Aku bukan nak pergi party clubbing bagai ke. But tonight, I’m going to Senawang. Rumah Zira for tomorrow’s picnic. I am so excited on this! Dah siap buat sardine for tomorrow sandwich. Hebat sikit la aku sebab dapat buat sendiri. Hihi :B

Funky Zone Most Wanted is about to gegarkan Ulu Bendul esok pagi. Harap semuanya berjalan lancar. Finally, dapat jugak spend time sama-sama and this time Minah ada! Haha

Tunggu aku upload gambar. Nanti baru tahu macam mana seronok dia. Jojo akan sampai at anytime from now. See you when I see you. And this time I’m gonna chill out sampai tak ingat dunia. With a hope I can forget all the problems for some time. InsyaAllah.

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tidur, dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Taken from previous blog

There you go….

hey syg.. just wanna say don’t worry bout the rain… don’t worry coz the sun will shine for you always as long as i’m always there in your heart no matter how far apart we are.. i love you ok.. 🙂” 

 

And this is all bullshit! FU

Doa untuk kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin Ya rabbal ‘aalamin.

taken from previous blog

Bila Perempuan Menangis

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis…

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
… …
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara…Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwa.

 

Taken from previous blog

Kenapa wanita begitu mudah menangis

“Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”
Allah berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya “
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh “
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya “
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”

“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.”

 

Taken from previous blog

Impian aku, untung sarung lagi sekali lagi jubah biru tu.

Gambar ni selalu jadi dorongan aku untuk belajar. Bila tengok gambar ni, aku rasa happy sangat. Sebab finally, aku dapat hadiahkan orang tersayang aku dengan segulung ijazah diploma. Dan apa yang aku rasa waktu tu, semua usaha aku 3 tahun sepanjang aku mengambil jurusan Accounting, sangat berbaloi. Akhirnya aku tamat dah diploma.

Jadi sekarang, aku di semester ke-5 Jurusan Corporate Administrative. Aku bangga jadi pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM walaupun ada ketika nya aku merungut tak sudah dengan kepayahan subject – subject yang aku kena ambik. Tapi bila dah belajar semua tu aku rasa banyak benda yang dulu aku tak tahu sekarang aku tahu. Jujur aku kata, kadang-kadang aku give up dengan beban beban kerja yang terlampau banyak sampaikan tak cukup masa tidur, masa rehat. Banyak aku mengadu dekat Jamie betapa letihnya aku nak mengadap semua ni. Aku dah penat dengan buku, exam dan assignment. Aku tahu semua tu untuk kebaikan aku, masa depan aku. Tapi hmm entah lah.

Nasib baik Jamie selalu bagi positive advice. Dia tak pernah down kan aku. Dia nak aku belajar sampai habis, and kalau boleh sambung professional course ICSA. Sebab dia nak tengok one day aku jadi successful career woman. InsyaAllah. Aku selalu ingat pesan dia “belajar betul-betul Aisy. I nak you berjaya. You kena berjaya.” Terharu :’)

Jadi satu lagi semester tinggal untuk aku. InsyaAllah. Aku kena usaha lebih. Sebab aku nak sarung lagi sekali jubah yang aku pernah pakai waktu konvokesyen diploma dulu. Dan waktu aku terima Ijazah nanti, aku nak Mama dan Jamie ada dengan aku. Sebab aku belajar ni atas sokongan diorang. Itu hadiah dari aku untuk diorang.

Aku harap semoga aku dipermudahkan untuk menamatkan pelajaran insyaAllah July nanti. Minggu depan, aku dah mula practical di Minc Corporate Consultant Damansara. Aku takut tapi at the same time aku sangat excited. Harap semua nya baik-baik belaka. Nanti aku bagitahu latest update macam mana keadaan kerja pulak okay?

xoxo.

Puisi Ini untuk Kekasih

Pedih nya derita yang kau beri.

Sakit nya perasaan bila kau hiris.
Luruh jiwa aku menahan sedih.
Yang aku sendiri tak pernah gambarkan akan aku tangis.

Aku termenung seorang diri.
Layakkah aku di layan sebegini?
Seperti sampah yang tak beri sebarang erti.
Yang hina, keji.

Aku tak pernah rasa sesal.
Aku tak pernah rasa tersalah langkah.
Aku masih waras berfikir.
Semasa keputusan itu aku pilih.

Mungkin aku terlalu leka.
Mudah sangat lupa.
Cepat sangat gembira.
Sehingga semua itu menutupi kesakitan jiwa.

Aku buntu.
Apa yang aku perlu lakukan.
Haruskah aku terus melangkah pergi?
Atau terus menunggu engkau kembali ke sini ?

Mungkin aku tidak lagi beri sebarang erti.
Untuk kau meniti hari-hari.
Mungkin kau tidak lagi pegang pada janji
Sebab itu kau ingin berlalu pergi

Aku pasrah. Aku redha.
Jika ini takdir tuhan untuk aku.
Aku sudah cuba mempertahankan cinta
Sebagai bukti aku masih sayang kamu

Aku takkan berhenti
Memohon kepada Ilahi.
Sesungguhnya kau satu-satunya insan yang aku impi
Untuk menjadi kekasih hati.

Semoga doa ku dimakbulkan
Agar kita tetap terus berpasangan
Sesungguhnya hanya engkau satu-satunya insan
Yang aku terlalu harapkan.

Aku harap engkau masih sudi
Menjadi raja dihati
Aku harap engkau masih mahu
Kerana aku terlalu mencintaimu.

 

Taken from previous blog

Coming to 22

20111230_171523

I am counting days to Muhammad Jamiuddin Jamaluddin’s birthday!

This year will be the 2nd year of his birthday celebration with me.

And I’m counting for more years to come, InsyaAllah.

I love you handsome. Always will 😉