So how’s your 2014 going so far?

Since my 2013 end with a hectic money issues, Alhamdulillah all starts well in 2014. 

 

Turning 25 this year and the most happiest thing that happen in my first decade of living I am finally engaged! 

Curious to know who? Naah I bet everybody knows who since his picture are all in my facebook instagram etc. 

Such an unexpected thing that happen. Unplanned. 

But, Alhamdulillah. Everything went well. 

As for now, I am too happy to describe my feelings. 

So, Belanja satu gambar sikit lah kan? 

Embedded image permalink

Things are not as bad as you think.

What a night ?

So having a deep honest conversation with your crush about your feelings isn’t a good thing when you know you’ll be rejected.

But what if, you don’t have a clue and that honest conversation brings you both together ? unexpected but butterflies isn’t it ?

Any of the consequences could happen. But Alhamdulillah. Positive feedback and it’s not as bad as I think. Especially when you’re not the first one who makes a move. Kan?

But, it’s better to be off this way. Like what we’re used to. Keep on stay away, keep distance so that when I say I love you, he’ll not listening. (It’s just a song.)

Continued from the previous one. Someone who so closed to me then later both are keeping distance because we’re both know this is not gonna works.

And that’s it!
I’m done for something I never start before.
Yeah, I’m pretty good on that. Always.

P/S : I’ve learnt that we don’t need cliché statement to make sure we didn’t hurts anybody by our words.

Another P/S : Karma for what I’m doing at N. sebijik woi.

Choosy and fussy isn’t me.

I’m having my iftar today at my auntie’s house. A mini gathering sebab one of her son nak fly to US esok further study for two years. So, the last time I met my aunt is about 6 month back I guess? Or maybe less Ke tak pasti. But as I remember, during he daughter wedding sebab I am the bridesmaid. So as I expected the question she gonna asked

“Aisyah dah habis belajar?” – Mak
“Dah. Baru sebulan habis final.” – Me
“Bila nak kahwin.” – Mak
“Mak tolong cari kan calon boleh?” – Me

I called her Mak. Sebab when I was kid mama sent me to her house to baby-sitting.

I’m about to telan my satay yang penuh dalam mulut at the time she ask me that question. Nasib tak tercekik or tersembur or something. Ikut hati nak je cakap “malas fikir. Tawar hati dah.”

Then Along tanya “eh yang dulu tu mana?” It’s a bit surprise macam mana Along tahu yang aku pernah ada boyfriend. Did they stalking me ke apa ? Tapi, bersahaja aku jawab “dah buang. Sebab tak guna.”

Well, officially being single for more than half year and it isn’t that bad. Bila orang tanya “sekarang dengan siapa?” I said “no one. Takde orang nak” then friends gonna said “kau tu memilih sangat. Bukan nya takde orang nak.”

But the fact is memang takde orang nak pun. Aku rasa. I don’t know. Mana ada memilih.

I know myself. I’m not that kind of person yang choosy or fussy. Buktinya, I’ve been dated a guy who is shorter than me which is definitely out from my “ideal man” criteria for two years!

So, the friends are afraid to match me with someone just because they thought I’m to fussy in choosing a guy to be dated. I’m actually not. It just that what I’m looking in someone is a person who I’m comfortable with, who has a criteria that I can be myself, the character yang boleh ngam with mine. I believe when you both have good chemistry, you guys will be just good isn’t it ? Because both of you don’t have to pretend to be someone else just to fit in.

Well, maybe that’s what people see me. Choosy and fussy. Nak yang class or handsome segala. Sebab tu kot orang ramai takut nak dekat ? Or sebenarnya memang takde orang nak dekat pun. Haha dah ade yang dekat pun but then……….

Okay. We continue later🙂

Xoxo.
Matahari.

There’s something that missing, makes my life incomplete.

I guess this gonna be my life diary starts from now. Because there’s a lot of things that keep playing in mind which makes me upset and depressing. It’s actually nothing just that I am too much thinking.

Things doesn’t went well lately. Much screwed. This and that didn’t goes as what I hope, what I pray. I don’t know where is my wrong or what is actually wrong. Is it myself or something ?

I thank to Allah as I am much more happier than before. But most of the time, the lonely is still there. I am grateful to have my family and friends around. But sometimes, I feel like needing someone. Someone that so special besides the family. Someone who will cheer me up, take me out hunting foods, hold my hands while watching movie, who will call me to say good night and someone who I will text every morning to say “morning handsome.” Yeah, someone. That someone.

I don’t know. I’m in confused. I am happy with what I have now. With lovely people around me. But still I feel there’s one more missing. Which makes me feel incomplete. I am not sure what is it.

How I wish life could be just great. Great as what I am dream for. As what I expect. As what I want it to be. I wish.

Xoxo.
Matahari.

Tell me, how.

How to get over someone who never be yours ?

He is not mine

Never be mine

He didn’t know that I love him

He don’t have any clue

And I never told him. 

 

And now…

I need to get over him.

This feeling isn’t right.

As for we are good as friend.

This feeling isn’t right.

because he don’t feel the same.

Come back.

Hai.

Been thinking of active back in writing since the last 2 weeks I guess. But everytime I logged into my account, I jammed. No idea what to share, what to tell. 

Ok lah. 

Good night. 

Ya Rabb

Sayu hati, bila tengok orang sekeliling di timpa satu satu musibah atau dugaan dari Allah. Dan seketika itu, aku bersyukur yang dugaan diturunkan untuk aku, tidak seberat yang orang lain lalui. Kalau selalu aku keluh kesah, atas semua yang terjadi ke atas diri aku, sekarang mata aku terpandang masih ada lagi insan yang lebih besar dugaannya banding aku. Aku bersyukur atas semua pemberian tuhan dalam menjadikan aku insan yang lebih kuat dan matang dalam melalui cabaran hidup. Aku harap agar kekuatan ni akan bertahan lama, sampai bila-bila. Sampai hujung nyawa aku melalui saat getir dalam hidup. “Sesungguhnya Tuhan takkan menguji seseorang hamba di luar kemampuan hambaNya” cuma terkadang kita yang terlalu drama tak mampu tempuh derita tu katanya, sedangkan kita sedang lalui hari-hari yang penuh getir dan kepayahan dengan jayanya.

Sesungguhnya pilihan hati dah dibuat, aku nekad dengan kata terakhir aku demi masa depan aku, dan kebahagiaan semua pihak. Aku harap sangat, semua ni baik untuk aku dan juga untuk semua orang. Aku bukan mengalah, cuma ada sesuatu yang kita perlu lepaskan dalam hidup demi mencapai sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan. InsyaAllah. Allah sentiasa dengan insan yang memerlukanNya disisi. Aku tahu, aku ada Allah disisi aku selalu. Disaat aku jatuh, aku bangkit atas bantuan Allah S.W.T. Aku pohon keredhaanMu Ya Allah dalam meniti hari hari akan datang. InsyaAllah.

Yang Maha Berkuasa, Lagi Maha Mengasihani

Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Besar, Lagi Maha Mengasihani. Au pohin kepadaMu Ya Alla sesungguhnya engkau yang Maha Mendengar. Pohon ku Ya Allah, tolong lah kuatkan hati hambamu ini Ya Allah. Sesungguhnya inilah jalan terbaik untuk aku, demi kebahagiaan aku di dunia dan di akhirat, Ya Allah. Aku mohon agar kau sentiasa bersama aku, dan janganlah kau sesekali tinggalkan hambaMu yang lemah ini sendirian Ya Allah. Bimbing lah aku ke jalan yang paling baik untukku dan lebih di redhaiMu Ya Allah.

Ya Allah, memang perit segala apa yang harus aku lalui ni. Malah lebih perit lagi dengan keputusan yang aku akan buat ni. Tapi, ini kata nekad hati ku. Ini kata akhir dariku. Tolong lah aku Ya Allah. Tetapkan hati aku agar aku tidak lagi berpaling kebelakang memungut cebisan sakit yang dah pun jatuh bertaburan.

Wallahu, aku bersyukur dengan segala apa yang engkau turunkan kepada aku, kerana setiap kesakitan itu lebih mendekatkan aku kepadaMu. Dan aku bersyukur kau perlihatkan aku segala kejahatan ini sekarang, dari aku terleka dalam kesakitan lebih dalam kelak. Amin, Ya Rabbal’alamin

Mimpi yang menjadi mainan tidur tu..

Tengahari semalam, aku tidur sekejap lepas lunch. Sedar-sedar air mata aku elok je meleleh. Aku menangis dalam tidur! Jarang aku experience benda ni. Jarang sangat. Melainkan ada sesuatu yang merunsingkan hati aku.

Memang sebelum terlelap semalam, aku ada whatsapp dengan sorang kawan. Kawan yang sangat baik. Sangat rapat. Yang kalau aku da masalah, dia saja satu satu tempat aku luahkan. Tempat aku nak menangis sedih. Kalau aku ade berita gembira, dia orang pertama yang aku akan share kan cerita gembira tu.

Aku bangun agak awal semalam, sebab dah kebiasaan akan breakfast sama-sama kalau balik seremban ni. Jadi, dah menjelang tengahari tu aku dah mula la mengantuk. Waktu tu, hati aku tertanya-tanya sangat. “Ya Allah, macam ni ke berat dugaan orang yang bakal mendirikan rumah tangga? Ya Allah, kenapa sebegini perit dugaan yang kau beri untuk insan berdarah manis ni? Ya Allah, kuat ke hati hamba Mu ni nak melalui detik-detik sukar menjelang hari bahagia yang akan tiba tak lama nanti?”

Sebelum tidur, ligat otak aku berfikir. “Ya Allah, kuatkan lah hati hambaMu ini, berikanlah tahap kesabaran yang tinggi untuk hambaMu ni lalui segala dugaan yang Kau berikan. Sesungguhnya, hanya Engkau yang mampu merawat hati sedih seorang insan yang lemah ni.”

Aku datang rumah dia, menaiki bot. Aku nampak muka dia. Aku berlari dekat dia, aku peluk dia sekuat kuat hati aku. Dan aku menangis. Aku sedih sangat atas semua yg dilalui tu. which is aku harap, aku mampu rasa sakit tu sama. Aku menangis teruk. Macam aku sedang pikul beban. Dia pujuk aku, macam aku yang dalam kesusahan. Aku menangis lagi.

Tiba-tiba, aku tersedar. Pipi aku basah. Ada air mata. Baru aku sedar, aku mimpi je sebenarnya. Mungkin disebabkan aku ligat berfikir sebelum terlelap buatkan perkara tu terbawak dalam mimpi. Aku lap air mata. Aku termenung sorang-sorang. Dalam hati aku berdoa. “Ya Allah, sesungguhnya dia teman terbaik aku. Waktu sedih waktu gembira aku. Bantu lah dia selesaikan setiap inci masalah dia demi masa depan yang dia tuju. Aminn”

Kalau ada peluang, aku nak peluk dia kuat-kuat. Dan nak bagitahu dia, aku selalu ada dengan dia. Sampai bila-bila.

Jualan murah ke?

Eh, tak lah. Jangan salah sangka. Aku takde buat sale apa-apa. Tapi sekarang ni kan memang tengah sale sempena Chinese New Year. Cuma aku nak cakap tentang sesetengah orang yang murah nya dia jual cinta dia, sayang dia, number phone dia?

Macam aku, I don’t simply give my phone number dekat orang yang aku baru kenal. Dekat twitter ke, facebook ke, IRL ke. Tak. Bagi aku, hanya orang yang aku perlu contact selalu, aku nak contact selalu je yang aku akan bagi phone number. Sebab aku rasa phone number adalah sesuatu yang private. 

I don’t get it with some girls yang senang je bagi phone number dekat stranger. Macam baru sekali dua tweet, bila that guy ask for phone number konon-konon untuk kegunaan “whatsapp” dia simply bagi without thinking. Alahai, murahnya phone number awak tu? Or memang actually you’re desperate to find someone to text you? 

And sama jugak dengan some people yang murahnya dengan perkataan sayang, rindu, cinta. Baik lelaki baik perempuan. I observed some people. Macam dengan semua orang panggil sayang, dengan semua orang nak cakap rindu. But when it comes to your special person takde pulak nak be too sweet macam tu. Sometimes I wonder, how can this kind of relationship exist. I mean orang yang orang lain ade partner dia pun nak ada partner, but nak lifestyle macam orang yang single. Funny kan? 

Sedih lah tengok orang macam ni. Lebih sedih plus kesian dekat partner orang yang buat tu. Macam kan alahai kau ni tempat dia nak show off dekat orang lain yang dia pun ada partner jugak. Sedih kan? Kalau nak ikutkan aku memang tak suka orang camni. And to me they don’t deserve to be loved by anyone pun. Plus, pathetic nya desperate for people’s attention? Tak perlu la nak kata “you’re just trying to be nice” which I think as long as you didn’t say something yang offended dia pun kau dah kira being nice jugak. 

Please la orang orang yang macam ni dekat luar sana. By being to cheap or selling yourself too cheap won’t make people to like you for who you are and orang pun takkan rasa nak buat kau jadi someone special sebab dengan semua orang kau terlalu murah. Siapa nak kan?